tenkiu2x!!!hehe...

peminat setia~haha

Tuesday, 19 April 2011

______________________^_^_________________________________

Pengalaman ialah guru yang terbaik.
<Cicero>

Nasihat yang terbaik diberikan oleh pengalaman,
tetapi biasanya nasihat itu datangnya terlalu lambat.
<Nicholas Amelot De La Houssave>

Orang yg diminta nasihatnya adalah orang yg dipercayai.
Jika orang itu memberi nasihat,maka berikanlah nasihat 
yang diri sendiri ingin melaksanakannya.
<At-Tabrani>

Hargailah setiap apa yang kita lalui terutama apa yg pahit.
Ini kerana,yg pahit itulah yg bnyk mengajar kita.
<Diriku>

Tuesday, 12 April 2011

yang mana terbaik??

Ya Allah,apakah yg terbaik utk kami semua??
apakah pilihan kami??
  sebenarnya,makcik@makndak aq sakit..dh tenat nenek aq kata...
kg.kt perlis..ermm tp xkn xblk kot??
rncangnya nk blk kol 10 mlm td..tp maklang kata dh stabil...alhamdulillah~

pg td...cek temuduga biasiswa jpa>>alhamdulillah,dpt..
interviewnye hari khamis ni...hepy ke??ntah,,lebih cuak ade la..hehe

"abah dh balik??hehe..abah beli lauk apa??"
    "kakni ptg nnti kemas beg baju taw..lps maghrib kita bertolak blk kg..nenek kol makndak tenat.."


Ya Allah,apa yg perlu kami buat??
aq mmg xyakin sgt dpt lps intrview 2..tp ntah kenapa lps solt td,
hati aq nk sgt try intrview 2...mungkin sebagai penglamn atau menmbh keyakinn
utk intrview akn dtg (4 mktb ke...)
dlm masa yg sama,,aq nk jenguk makndak..

bapa aq pon dh bingung...mak aq dh xlarat(asyik nangis jer..sian mak aq)
tp sblm bapa aq g upsi(pensyarah sambilan),,

"sape lg kwn kakni yg dpt??"
     "setahu kakni nabilah zainol azmi tu...tp ntah.xtnye lg yg len..nape bah??nak kakni tumpg umh kwn ke??"
"ha'ah..kakni surekn ngn kwn..ti abah tepon bapa dy.."

itulah keputusan bapa aq...insya-Allah semua akn berjln dgn baik~amin...
skrg nie aq makin cemas...kwn2 aq xrelpy pon lg msj aq..
mungkin aq kne kol kot....ermm..

tp aq still serba salah..xperlah,mungkin semua kt kg.phm kot...
>>harap kwn2 dpt doakn kesembuhn makndak aq dan kelancaran temuduga tu nnti..



'Ya Allah,permudahknlah semua urusan kami...Kau berilah kesembuhan kpd makndak aq,Ya Rahim..
 andai mmg sudh takdir dia pergi,Kau ampunilah segala dosa2nya dan matikanlah dia dlm keadaan
 yg aman sejahtera...amin ya Rabbal a'lamin..'

[Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. 
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. 
Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.]


Ya Allah,berilah aku ketenangan...

Pesanan buat diri dan sahabat~


     "Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk...

 itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. 

      Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.


Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati)."

Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air." 

Teringat kata Dale Carnargie, "jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!



Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.

 Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. 
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
 Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). 
Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada).


" Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah."


Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.


[*kata2 ni sgt bermakna buat aq...terima kasih norli@ucu!!*]